Monday 21 September 2015

10 SEBAB KENAPA PERLU MINUM GEL ALOE VERA

Teks : Nurul Radhiah

Assalamualaikum, pada entry yang lepas (BACA SINI) kita sudah ketahui betapa ajaibnya Aloe Vera ini. Inshaallah kali ini kita akan tahu pula mengapa perlu kita menjadikan Aloe Vera ini sebagai satu minuman amalan setiap hari.



Mari kita ketahui :

10 sebab utama kenapa perlu minum aloe vera gel.

  • MEMBINA BADAN - Ia mengandungi 20 jenis asid amino termasuk 7 asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah asas binaan bagi membina badan.

  •  SIFAT PEMULIHAN - Mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar,luka kemalangan,luka terbakar.

  • KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GIGI - Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat.

  • MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN DAN BAIKPULIH - Meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan kolagen dan juga menolong melegakan kelecuran,luka,gatal-gatal dan kerengsaan.

  • PEMBAIKPULIHAN ELASTIN DAN KOLAGEN - membantu menambah bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasilkan kulit yang sihat.

  • MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT DAN TENAGA - Secara semulajadi ia menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita dan hasilnya ia meningkatkan tenaga serta membantu mengekalkan berat badan yang ideal.

  • MENYOKONG DAN MENGGALAKKAN FUNGSI SISTEM KETAHANAN BADAN - Kandunga unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan.

  • SISTEM PENGHADAMAN YANG SIHAT - mempunyai keupayaan membersih yang mampu membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein dan nutrien lain.

  • MEMBEKALKAN MINERAL SURIH - mengandungi 20 minera semulajadi termasuk kromium, magnesium,mangan,zink dan kuprum.

  • MEMBEKALKAN VITAMIN SEMULAJADI - mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik,niasin,B6,B2,1,C,E dan A.
Itu hanya 10 sebab sahaja, banyak lagi khasiat Aloe Vera yang kita samar dan tak sedar. Namun jika ada yang punyai masalah berkaitan sebab-sebab di atas, saya syorkan cuba Aloe Vera Gel ini sebagai asas pada semuanya.
Nak sihat, nak cantik, kenalah bersihkan dalaman dahulu, barulah akan nampak diluar.

Nak cuba Forever Aloe Vera Gel?


 Hubungi :
Nurul Radhiah
Telefon : 0126764743
follow ig : foreversihatKL
FBpages : Pengedar Forever KL


Thursday 17 September 2015

ALOE VERA TUMBUHAN AJAIB PENUH KHASIAT





FOREVER LIVING
Teks : Nurul Radhiah.

Pokok Aloe Vera atau Lidah Buaya sangat dekat dengan kehidupan kita. Kita hampir menemui dimana-mana pasu bunga di rumah saudara mara, sahabat handai, mahupun jiran tetangga.
Semua orang tahu mengenai Aloe Vera ini adalah tumbuhan ajaib yang penuh khasiat. 

Forever Living sebagai salah satu peneraju makanan kesihatan di dunia ini mengetengahkan Aloe Vera sebagai produk utama mereka. Ladang Aloe Vera yang sangat besar di SONORAN DESERT menjadi lambang FOREVER LIVING serius ingin membantu manusia menjadi lebih sihat dan terus mengamalkan pemakanan kesihatan berasaskan Aloe Vera.

Tahukah Anda?

  • Forever Living menanam Aloe Vera di ladang sendiri tanpa meggunakan sebarang racun rumpai atau racun serangga. Lebih dari 50 juta Aloe Vera ini mampu menolong menyingkirkan 2 juta tan CO2 dari muka bumi setiap tahun.
  • Mendapat pengesahan Majlis Sains Aloe Antarabangsa
  • Melalui proses penstabilan berpaten 100%
  • Dari proses penanaman hingga ke penuaian , tumbuhan aloe vera ini dijaga rapi standardnya.
  • Aloe Vera terbaik adalah Aloe Barbadensis Miller 
  • Mengandungi Prebiotik yang meningkatkan keberkesanan Forever Active Probiotic
  • Menggalakkan penghadaman yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Membantu menyahtoksik tubuh
  • Meningkatkan penyerapan nutrien
  • Mempunyai ciri-ciri anti keradangan
  • Meningkatkan tahap tenaga.
Sememangnya sangat banyak jika hendak disenaraikan kebaikan Aloe Vera pada kita. Tetapi kit juga perlu mengamalkannya untuk memastikan ianya benar-benar terbukti memberi kesancyang baik pada tubuh.

forever-living

Amalan meminum FOREVER ALOE VERA GEL setiap hari memang benar-benar akan menjadikan kita lebih bertenaga dan sihat.

Untuk mendapatkan FOREVER ALOE VERA GEL ini, boleh hubungi :

Nurul Radhiah
Telefon : 0126764743
follow ig : foreversihatKL
FBpages : Pengedar Forever KL

Wednesday 12 August 2015

Rakyat Malaysia Semakin Celik Emas

radhiahmislan

Dengan keadaan ekonomi yang agak kurang stabil sekarang ini, dilihat rakyat Malaysia semakin celik emas. Semakin ramai yang mula membuat simpanan emas kerana mereka sedar bahawa emas adalah suatu yang mempunyai nilai dan harga yang tidak susut nilai. Mungkin ada susut nilai tetapi tidaklah jatuh hingga tidak bernilai.

Jenis emas yang boleh disimpan 

1. Dinar

Dinar adalah sebentuk syiling emas. Ia mempunyai saiz juga seperti goldbar. Ada yang 1 Dinar, 2 Dinar, ada juga 1/4 Dinar yang mana saiznya sekecil syiling 1sen.
Dinar dan syiling emas punyai rupa yang sama, tapi  berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar adalah 4.25gram berbanding syiling emas yang punyai pelbagai jenis berat. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan goldbar kerana kos pembuatan yang lebih tinggi.
Kelebihan Dinar :

  1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah.
  2. Digunakan untuk membayar zakat.
  3. Dijadikan hantaran mas kahwin.
  4. Boleh dijadikan cenderamata atau hadiah untuk orang tersayang.
  5. Dijadikan tabungan untuk pergi haji
  6. Untuk tabungan atau simpanan,

2. Goldbar

Jongkong emas yang menjadi pilihan ramai khususnya pemain-pemain industri emas dunia. Ia mempunyai pelbagai jenis berat. Ada yang 1kilogram,5gram,10gram dan 1gram. Namun begitu tiada institusi kewangan yang menawarkan jongkong emas 1gram kerana kos pembuatannya agak tinggi.

Kelebihan Goldbar

  1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas.
  2. memberi pilihan kepada mereka yang semata-mata ingin membuat simpanan emas.
  3. Salah satu pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas tetapi ingin menyimpan jongkong.
  4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan atau pelaburan yang lain dan menjadi kebanggan pemiliknya.
  5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti pendidikan anak,perkahwinan,simpanan hari tua,membeli rumah dan lain-lain.

3. Barang Kemas

Barang kemas kemas adalah salah satu perhiasan khasnya kaum hawa. Boleh dipakai dan boleh disimpan. Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari emas mentah. Ia sesuai untuk yang gemar memakai emas dan mengumpul koleksi emas.

Kelebihan

  1. Dijadikan barang perhiasan wanita.
  2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
  3. Fungsi 4 dalam 1 iaitu perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan.
  4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan.
Kesimpulannya setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan punyai peranan yang tersendiri. Ada yang untuk dijadikan perhiasan, mahupun simpanan.

Jika anda semua ingin mulakan simpanan emas atau ingin menambah koleksi simpanan emas anda, saya sangat menghargai untuk anda ke link emas murah goldenmom. Untuk melihat lebih lanjut pelbagai jenis emas.