Wednesday 12 August 2015

Rakyat Malaysia Semakin Celik Emas

radhiahmislan

Dengan keadaan ekonomi yang agak kurang stabil sekarang ini, dilihat rakyat Malaysia semakin celik emas. Semakin ramai yang mula membuat simpanan emas kerana mereka sedar bahawa emas adalah suatu yang mempunyai nilai dan harga yang tidak susut nilai. Mungkin ada susut nilai tetapi tidaklah jatuh hingga tidak bernilai.

Jenis emas yang boleh disimpan 

1. Dinar

Dinar adalah sebentuk syiling emas. Ia mempunyai saiz juga seperti goldbar. Ada yang 1 Dinar, 2 Dinar, ada juga 1/4 Dinar yang mana saiznya sekecil syiling 1sen.
Dinar dan syiling emas punyai rupa yang sama, tapi  berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar adalah 4.25gram berbanding syiling emas yang punyai pelbagai jenis berat. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan goldbar kerana kos pembuatan yang lebih tinggi.
Kelebihan Dinar :

  1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah.
  2. Digunakan untuk membayar zakat.
  3. Dijadikan hantaran mas kahwin.
  4. Boleh dijadikan cenderamata atau hadiah untuk orang tersayang.
  5. Dijadikan tabungan untuk pergi haji
  6. Untuk tabungan atau simpanan,

2. Goldbar

Jongkong emas yang menjadi pilihan ramai khususnya pemain-pemain industri emas dunia. Ia mempunyai pelbagai jenis berat. Ada yang 1kilogram,5gram,10gram dan 1gram. Namun begitu tiada institusi kewangan yang menawarkan jongkong emas 1gram kerana kos pembuatannya agak tinggi.

Kelebihan Goldbar

  1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas.
  2. memberi pilihan kepada mereka yang semata-mata ingin membuat simpanan emas.
  3. Salah satu pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas tetapi ingin menyimpan jongkong.
  4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan atau pelaburan yang lain dan menjadi kebanggan pemiliknya.
  5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti pendidikan anak,perkahwinan,simpanan hari tua,membeli rumah dan lain-lain.

3. Barang Kemas

Barang kemas kemas adalah salah satu perhiasan khasnya kaum hawa. Boleh dipakai dan boleh disimpan. Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari emas mentah. Ia sesuai untuk yang gemar memakai emas dan mengumpul koleksi emas.

Kelebihan

  1. Dijadikan barang perhiasan wanita.
  2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
  3. Fungsi 4 dalam 1 iaitu perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan.
  4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan.
Kesimpulannya setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan punyai peranan yang tersendiri. Ada yang untuk dijadikan perhiasan, mahupun simpanan.

Jika anda semua ingin mulakan simpanan emas atau ingin menambah koleksi simpanan emas anda, saya sangat menghargai untuk anda ke link emas murah goldenmom. Untuk melihat lebih lanjut pelbagai jenis emas.


No comments:

Post a Comment